Monday, April 22, 2013

En. Abdul Jalil

Siapa En. Abdul Jalil? Kenapa En. Abdul Jalil? Bagaimana En. Abdul Jalil?

Jawapan di sini.

Sunday, April 21, 2013

Kembali

Kembali saya.
Saya kembali.
Kembali kali ini.
Kali ini kembali.
Kembali dengan azam baru.
Dengan azam baru kembali.
Kembali dengan harapan.
Dengan harapan kembali.
Kembali bawa satu perjuangan.
Bawa satu perjuangan kembali.
Kembali saya.
Saya kembali.

Monday, December 27, 2010

Friday, December 24, 2010

cemburu

aku sangat cemburu apabila kau menari sambil menyanyi dengan beliau.
aku sangat cemburu apabila kau berhias bagai untuk beliau.
aku sangat cemburu apabila baju yang aku hadiahkan kau pakai dan bergelek dengan beliau.
aku sangat cemburu apabila kau tak pernah pun ajak aku menari sekali.
aku sangat cemburu apabila aku panggil kau beautiful sikit pon kau tak endah tapi beliau cakap beautiful kau terus jumpy.
aku sangat cemburu apabila kau berambut merah bila bersama beliau tapi pakai wig perang bila dengan aku.

YA!

aku sangat cemburu!

Saturday, December 18, 2010

pagi

Matahari terbit menyilaukan mataku yang penuh kelabu.Pagi! Waktu yg indah tetapi tak seindah mimpiku.Ku gosok mataku.ouh! Keras sungguh tahi mata.

Diluar, rumput dibasahi embun.Itik menari girang mengikut rentak enjin lari sayur.Mak cik-mak cik mengumpat perihal janda muda.Kedai-kedai makan dibanjiri orang ramai.

Ku lawan kemalasan yang melanda diri dan bangun. Heeeyah! Ku paksa diri ku bergerak ke bilik air.

Aku perlu mandi hari ini.

Squiiikk! Pelik benar bunyi pintu bilik air ku.Mungkin sudah berabad aku tak mengunjunginya.

Dengan pantas aku cedok air di kolah tanpa menghiraukan kesejukan air di tahap bawah skala rithcher.

Aku perlu mandi hari ini.

Sedang kusyuk ku menyiram air keseluruh pelusuk badan.Ku rasa kan tanganku pedih seakan digigit oleh sesuatu.Ku lihat sungguh pelik kelibat sesuatu itu.

"saper letak pirahna dalam kolah nie", ku ber monolog sendiri.

Aku perlu mandi hari ini.

Diluar, rumput dibasahi embun.Itik menari girang mengikut rentak enjin lari sayur.Mak cik-mak cik mengumpat perihal janda muda.Kedai-kedai makan dibanjiri orang ramai.

Sunday, November 14, 2010

exam

aku nak tinggal kat tepi laut
aku nak kawen dan wat majlis tepi laut
aku nak jadi nelayan sepenuh masa kat tepi laut
aku nak beranak-pinak kat tepi laut
aku nak generasi selepas aku pun kat tepi laut
aku nak pakai short hari-hari kat tepi laut
aku nak surfing kat tepi laut
aku nak makan ikan tepi laut
aku nak habiskan sisa hidup aku kat tepi laut
tapi aku tak nak exam kat tepi laut


p/s~selamat menduduki peperiksaan.*gampang*


Monday, October 18, 2010

kisah pelajar universiti utara 1

"badan bau harum dan segar tak guna kalau tertinggal bas"ujar pelajar universiti utara itu.